Skip to main content

Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani
Huraian:
  • Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.

  • Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.

  • Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya.

  •  Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.


Menjauhi Perbuatan Yang Mendatangkan Bahaya

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan.”
Ibn Mas’ud r.a
Huraian:
  • Setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berlainan kerana berlainan sebabnya.
  • Satu daripada jenis lintasan itu adalah lintasan yang dibawa oleh malaikat yang bertugas memancarkan ke dalam hati manusia perasaan suka berbuat kebajikan dan menerima kebenaran; sementara satu lagi lintasan adalah lintasan syaitan iaitu lintasan untuk melakukan kejahatan dan menolak kebenaran.

  • Lintasan malaikat ini dinamakan sebagai “ilham” dan lintasan jahat syaitan itu sebenarnya adalah “was-was” di mana kita diperintahkan memohon perlindungan Allah daripadanya sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran, surah an-Nas.

  • Oleh yang demikian selaku manusia biasa, apabila datang sesuatu lintasan hati, maka hendaklah kita mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca syarak; jika bersesuaian kerjakanlah, jika sebaliknya jauhkanlah.

Menjaga Nama Baik

Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.”
(Muslim)
Huraian:
Maruah dan nama baik adalah sesuatu yang amat penting bagi semua orang. Islam menegah perbuatan menghina dan memperlekehkan orang lain kerana ia akan menjatuhkan maruah individu terbabit. Lagipun tidak ada manusia yang suka dirinya diperlekeh dan dihina apalagi di khalayak ramai. 
Tiga golongan yang disebutkan di dalam hadis di atas merupakan mereka yang sebenarnya mempunyai nilai di sisi masyarakat dan harus dihormati.

Sebagai orang tua contohnya mereka sudah tentu mempunyai banyak pengalaman hidup yang boleh dijadikan panduan dan iktibar oleh mereka yang masih muda. Manakala orang yang berilmu juga merupakan aset yang memberi manfaat untuk kebaikan dan kemajuan ummah seperti juga kedudukannya dengan imam yang adil yang semestinya menjadi tali pengikat kepada keharmonian dan keamanan masyarakat seluruhnya. 
Golongan ini harus diberi penghormatan sewajarnya kerana setiap kebaikan yang ada pada diri mereka bakal menjadi teladan buat generasi yang datang selepasnya.

Comments

Popular posts from this blog

Detective Conan Movie - The Last Wizard Of The Century [MaLay DUB] - Part 1

JOM BERCERITA ... HIKAYAT 1001 MALAM....

Ada Sesapa Yg tahu Hikayat nie.,.. leh lah syare ya......  Tentunya korang sudah sering mendengar kisah 1001 malam ini. Banyak sekali cerita-cerita yang lahir dari kisah 1001 malam, antara lain yang terkenal yaitu “Sinbad si Pelaut”, “Ali Baba” serta “Aladin dan Lampu Ajaibnya”. Namun hanya sedikit yang tahu dari mana kisah-kisah tersebut berasal.. Konon di suatu daerah di negeri Arab, berdiri 2 kerajaan yaitu Kerajaan kembar Sasan dan Samarkand al-Ajam, dimana Raja dari kedua kerajaan tersebut bersaudara. Kerajaan Sasan diperintah oleh Raja Shahryar, sedangkan Kerajaan Samarkand al-Ajam diperintah oleh Raja Shahzaman. Kedua Raja tersebut sangat dicintai oleh rakyatnya karena mereka adalah Raja yang bijaksana dan murah hati, serta keduanya memiliki istri yang sangat cantik. Suatu hari Raja Shahryar pergi menemui saudaranya di Kerajaan Samarkand al-Ajam. Saat di tengah perjalanan ia teringat bahwa hadiah yang akan ia berikan untuk saudaranya tertinggal di atas tempat tidur di dalam

Detective Conan Movie - The Last Wizard Of The Century [MaLay DUB] - Part 3