Skip to main content

????????? .......

Blair baca al-Quran setiap hari



LONDON 13 Jun - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang sebelum ini terkenal dengan pendirian tegasnya untuk tidak bercakap mengenai agama semalam mendedahkan bahawa beliau membaca al-Quran setiap hari.

Pemimpin Parti Buruh itu berkata, beliau membaca kitab suci yang dianggap sebagai 'perkataan' Allah oleh umat Islam itu bagi memastikan kefahamannya terhadap agama terus kukuh.

Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan semalam, Blair berkata, adalah penting untuk memastikan kefahaman pada agama terus kukuh dalam keadaan dunia global.

"Saya membaca al-Quran setiap hari. Sebahagiannya untuk memahami perkara yang berlaku di dunia, tetapi paling penting kitab ini sangat penuh dengan maklumat dan boleh menjadi sumber rujukan," katanya.

Blair berkata, pengetahuan agama yang dipelajarinya dapat membantu beliau menjalankan tugas sebagai utusan Asia Barat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia.
Blair sebelum ini pernah memuji Islam sebagai sebuah agama yang indah dan Nabi Muhammad SAW sebagai 'penggerak dunia bertamadun'.

Pada 2006, bekas Perdana Menteri Britain itu pernah melambangkan al-Quran sebagai sebuah kitab yang penuh dengan sumber maklumat dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan termasuk dalam soal perkahwinan, wanita dan pemerintahan.

Dalam wawancaranya itu, Blair turut menolak dakwaan yang mengatakan beliau melaksanakan 'Perang Salib' Kristian semasa mengetuai pencerobohan Britain di Iraq.

Bekas ejen kawasan pilihan rayanya, John Burton dua tahun lalu berkata, Blair 'percaya ketika itu bahawa campur tangan di Kosovo, Sierra Leone dan Iraq merupakan satu perjuangan Kristian, kebaikan harus mengatasi kejahatan bagi membuatkan kehidupan lebih baik'.

Bagaimanapun bekas Perdana Menteri itu berkata, 'orang ramai masih bertanya jika keputusan berperang di Iraq dan Afghanistan dibuat berdasarkan arahan Tuhan.

"Mengarut sama sekali. Sudah tentu bukan. Kalaulah saya boleh duduk di satu sudut untuk berdoa, saya akan bertanya kepada Tuhan apakah upah minimum yang boleh saya perolehi," katanya. - Agensi

Comments

Popular posts from this blog

Detective Conan Movie - The Last Wizard Of The Century [MaLay DUB] - Part 1

JOM BERCERITA ... HIKAYAT 1001 MALAM....

Ada Sesapa Yg tahu Hikayat nie.,.. leh lah syare ya......  Tentunya korang sudah sering mendengar kisah 1001 malam ini. Banyak sekali cerita-cerita yang lahir dari kisah 1001 malam, antara lain yang terkenal yaitu “Sinbad si Pelaut”, “Ali Baba” serta “Aladin dan Lampu Ajaibnya”. Namun hanya sedikit yang tahu dari mana kisah-kisah tersebut berasal.. Konon di suatu daerah di negeri Arab, berdiri 2 kerajaan yaitu Kerajaan kembar Sasan dan Samarkand al-Ajam, dimana Raja dari kedua kerajaan tersebut bersaudara. Kerajaan Sasan diperintah oleh Raja Shahryar, sedangkan Kerajaan Samarkand al-Ajam diperintah oleh Raja Shahzaman. Kedua Raja tersebut sangat dicintai oleh rakyatnya karena mereka adalah Raja yang bijaksana dan murah hati, serta keduanya memiliki istri yang sangat cantik. Suatu hari Raja Shahryar pergi menemui saudaranya di Kerajaan Samarkand al-Ajam. Saat di tengah perjalanan ia teringat bahwa hadiah yang akan ia berikan untuk saudaranya tertinggal di atas tempat tidur di d...
Assalamualaikum semua... Tak tahu kenapa hari nie kak long rasa sedih yang amat. Tak tahu lah kenapa .. mayb sebab sakit kaka long datang balik or entah lah... Hidup nie kadang2 letih.. letih yang amat. Ya kak long selalu amik dan bersikap positif tapiii..... entah lah .. kak long nie manusia biasa .. kadang2 kelaut dalam ngak.. nak kata baik x lah baik mana.. nak kata jahat x lah jahat mana.. Hati dan perasaan ingin berubah kearah kebaikan .. tapiiiii Susah nak jadi baik.. nak jadi jahat tu sekejap je.. jadi lah jahat ... segala kebaikan kita semua akan dilupakan... Lumrah hidup... Entahlah.. Ya kak long nie sentiasa nampak happy... sampai orang tak percaya kak long nie ada masalah... macam mana ya... kak long x pandai nak tunjuk sedih depan orang,... entahhh.. Tapikan kalau kak long x reti tunjuk tu.. jangan lah amik kesempatan kat diri kak long nie,... Kak long nie sejenis manusia yang x tahu kata tidak boleh... entahh x tahu kenapa puas dah tanya diri...