Skip to main content

Baca SaJELAh... sEJaRah KiTa.... ..

definition OF HISTORY  ( from Wikipedia, the free encyclopedia )


History (from Greek ἱστορία - historia, meaning "inquiry, knowledge acquired by investigation") is the discovery, collection, organization, and presentation of information about past events. History can also mean the period of time after writing was invented. Scholars who write about history are called historians. It is a field of research which uses a narrative to examine and analyse the sequence of events, and it sometimes attempts to investigate objectively the patterns of cause and effect that determine events. Historians debate the nature of history and its usefulness. This includes discussing the study of the discipline as an end in itself and as a way of providing "perspective" on the problems of the present.The stories common to a particular culture, but not supported by external sources (such as the legends surrounding King Arthur) are usually classified as cultural heritage rather than the "disinterested investigation" needed by the discipline of history.Events of the past prior to written record are considered prehistory.


SEJARAH SELANGOR.... 





Negeri Selangor Darul Ehsan   terletak di bahagian tengah pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Perak di sebelah utara, Pahang di sebelah timur dan Negeri Sembilan di sebelah selatan. 


Terletak di bahagian barat Banjaran Titiwangsa. Selangor dibahagikan kepada sembilan daerah yang terdiri daripada Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.   


 Secara  umumnya, Negeri Selangor diairi oleh empat lembangan sungai utama iaitu lembangan Sungai Langat dan lembangan Sungai Klang di bahagian selatan serta lembangan Sungai Bernam dan lembangan Sungai Selangor  (lembangan terbesar di negeri ini) di bahagian utaranya. Sungai-sungai utama ini dilihat sebagai faktor utama kepada bermulanya petempatan awal masyarakat di sekitar kawasan ini. 


Sejarah Awal


   Perkembangan awal Selangor sebagai sebuah kawasan petempatan banyak disumbangkan oleh faktor geografinya, iaitu memiliki jaringan sungai yang mampu mengairi sehingga ke kawasan pedalaman. Dengan kelebihan ini, serta kekayaan flora dan faunanya, ia kemudian menyumbang kepada wujudnya penempatan serta hubungan perdagangan dengan dunia luar.  


  Berdasarkan kajian terutama menerusi penemuan arkeologi, perkembangan awal sejarah dan warisan budaya Selangor boleh dilihat seawal zaman Hoabinhian. Ia kemudiannya terus berkembang pada zaman Neolitik, zaman Logam dan Proto sejarah.


   Pada tahap ini, perhubungan ekonomi dan budaya masyarakat tempatannya dengan dunia luar semakin berkembang. Hal ini dibuktikan dengan penemuan beberapa artifak seperti gendang gangsa Dong S’on di Kampung Sungai Lang, Kuala Langat dan Bukit Kuda, Klang serta tiga loceng gangsa di Klang.


   Salah satu serpihan gendang gangsa Dong S'on ditemui di Selangor. Fungsinya dalam sosiobudaya masyarakat awal di rantau ini masih belum dapat dipastikan dan dipercayai dihasilkan dalam Zaman Logam.


   Loceng gangsa dari Zaman Logam ditemui di Daerah Klang. Ia dipercayai digunakan sebagai hiasan dileher gajah semasa upacara keagamaan



ASAL USUL NAMA SELANGOR



 Walaupun wujud beberapa pendapat mengenai asal usul nama Selangor, namun sejarah membuktikan bahawa ia    

diambil sempena nama Sungai Selangor yang mengalir ke Selat Melaka menerusi kawasan petempatan yang kini 

dikenali sebagai Kuala Selangor.

   Perkataan Selangor itu sendiri tidak membawa sebarang makna yang jelas dalam bahasa Melayu dan pengkaji

beranggapan ia mungkin merupakan singkatan, gabungan atau  perubahan yang berlaku terhadap perkataan asal

menerusi peredaran masa.

   Menurut satu kisah, satu ketika dahulu kawasan kuala sungai tersebut dipenuhi dengan tumbuhan paya bakau yang

dikenali oleh penduduk setempat sebagai mentangau. Pohon mentangau yang banyak terdapat di situ seringkali

dijadikan panduan kepada pelayar ke kawasan itu kerana didapati sesuai sebagai tempat persinggahan bagi menambah

bekalan menyambung pelayaran. Para pelayar menggelar kawasan ini sebagai ‘Kuala Mentangau’.

Menerusi peredaran masa, sebutan ‘Kuala Mentangau’ berubah menjadi Kuala Selangor, tempat

berakhirnya aliran Sungai Selangor .



Kisah yang lain menceritakan bagaimana seorang pendekar yang sedang mengembara telah singgah di sebuah kawasan yang belum pernah dijejaki sebelum ini. Ketika sedang berehat, dirinya rasa cukup terganggu dengan    Kisah yang lain menceritakan bagaimana seorang pendekar yang sedang mengembara telah singgah di sebuah  kehadiran seekor langau yang terus-terusan hinggap dihidungnya. Kehadiran langau itu cukup menjengkelkan dirinya yang kemudian cuba untuk membunuh langau tersebut dengan memukulnya tetapi gagal.


 Terdetik di dalam hati pendekar itu bagaimana seorang yang handal sepertinya tetap gagal menumpaskan seekor  langau. Dia kemudian beranggapan bahawa tempat ini memiliki semangat yang lebih hebat dari dirinya lalu mengambil keputusan untuk menamatkan pengembaraannya. Mulai hari itu, setiap kali merujuk kepada tempat tersebut, pendekar
itu akan menggelarnya sebagai ‘selangau’ dan akhirnya diterima pakai sebagai nama tempat tersebut .


http://tmnkelisa.pjk.com.my


KUALA KUBU BHARU ....




Jika kita mampu membina sebuah "mesin masa" yang membolehkan kita pulang ke Kuala Kubu Bharu pada sebelum 1883, kita mungkin akan terperanjat kerana pada masa itu, Kuala Kubu Bharu bagaikan sebuah pekan di kawasan perairan, sedangkan kini ia(dinamakan Kuala Kubu Bharu) adalah sebuah pekan kecil yang menghijau dengan pokok-pokok dan permandangan darat yang berbukit-bukit. 
Kuala Kubu dahulu terletak di sebuah kawasan lembah berhampiran dengan Sungai Selangor, iaitu di pertemuan antara Sungai Rening dan Sungai Kubu. Nama Kuala Kubu berasal dari Sungai Kubu yang merupakan salah satu cabang Sungai Selangor. Menurut sesetengah pendapat, nama "Kubu" dipilih kerana di kawasan tersebut terdapat sebuah kubu pertahanan yang digunakan oleh angkatan perang Raja Mahdi dan Syed Mashyor melawan angkatan perang Tengku Kudin sewaktu perang yang berlaku di antara tahun 1868 hingga tahun 1873. Pada ketika itu, Kuala Kubu dan kawasan sekitarnya dikenali dengan aktiviti perlombongan bijih timah. Pada waktu itulah, Kuala Kubu menempuh zamannya yang gemilang dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri Selangor. Kuala Kubu menjadi tumpuan para peniaga dan saudagar bijih yang datang dari merata tempat. Ia juga mempunyai pelbagai kemudahan awam seperti hospital, pejabat-pejabat kerajaan, sekolah, panggung wayang dan stesen keretapi. Selain itu, bandar ini juga menjadi tempat persinggahan para pelancong yang akan pergi ke Bukit Kutu. 
Bukit Kutu ialah tempat peranginan bagi pegawai-pegawai Inggeris dan pembesar-pembesar Melayu. Mereka perlu diusung di atas tandu untuk sampai ke tempat tersebut oleh beberapa orang kuli dan mereka akan dikenakan bayaran tertentu. Pada mulanya, pentadbiran daerah terletak di Kuala Kubu (lama) yang kini dikenali sebagai Ampang Pecah.Akan tetapi, pekan yang terletak kira-kira 66 kilometer dari Kuala Lumpur kini lenyap dari muka bumi, sudah musnah dalam banjir besar yang berlaku pada tahun 1883 dan 1926. Menurut Mak Anjang, penduduk lama di sini, banjir tersebut terjadi kononnya berpunca daripada seorang pegawai Inggeris yang bernama Cecil Ranking. Beliau dikatakan telah menembak seekor buaya putih yang kononnya dianggap oleh penduduk kampung sebagai penunggu di situ. Buaya putih yang dipercayai sebagai "binatang suci" oleh penduduk sengaja dipelihara dalam kolam yang dibina dengan mengempang air Sungai Kubu. Tujuan empangan tersebut dibina adalah untuk memelihara ikan sebagai sumber rezeki penduduk tempatan. 
Ranking tidak menghiraukan nasihat penduduk kampung agar tidak menembak buaya putih tersebut. Setelah buaya putih tersebut dibunuh, hujan pun turun dengan lebatnya dan empangan yang dibina musnah. Akibatnya, banjir yang besar melanda Kuala Kubu dan kawasan-kawasan sekitarnya. Ranking pada masa itu, bertugas sebagai pegawai daerah dan majistret di situ, turut menjadi korban bersama banyak nyawa dan harta-benda lain.Selepas malapetaka tersebut, sekali lagi berlaku malapetaka yang lebih besar dan banjir besar pada tahun 1926 ini menenggelamkan sama sekali bandar tersebut. Penduduk dipindahkan ke kampung-kampung yang berhampiran seperti Kampung Kelapa, Paya Dalam, dan Rasa. 




Demikianlah bersemadinya bandar Kuala Kubu di dalam bumi, ditimbusi pasir dan lumpur kira-kira 30 meter dalamnya. Sebagai menggantikannya, sebuah bandar baru dibina dan diberi nama Kuala Kubu Bharu. Ia dibina di sebuah kawasan yang lebih tinggi untuk mengelak ancaman banjir. Kini, Kuala Kubu Bharu menjadi tempat persinggahan bagi sesetengah orang yang akan ke tempat peranginan Bukit Fraser. Ia juga merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Hulu Selangor, daerah yang paling luas di Selangor. Di samping itu, Kuala Kubu Bharu juga terkenal sebagai tempat melatih pegawai-pegawai dari pelbagai agensi dengan adanya Maktab Polis Diraja Malaysia, Pusat Latihan Bomba dan Pusat Latihan Belia 






PERISTIWA ....



Pada hari ini 29.10. 1883, banjir besar telah berlaku di Sungai Selangor. Banjir itu telah menyebabkan robohnya Empangan Kuala Kubu lalu menenggelamkan seluruh pekan Kuala Kubu. Peristiwa penting ini dicatatkan dalam sejarah kerana bertolak dari peristiwa inilah lahirnya pekan Kuala Kubu Bharu yang ada sekarang. Empangan yang roboh itu panjangnya kira-kira 1.6 kilometer dan lebarnya melebihi 91.4 meter. la dibuat dari batang-batang kayu dan ditambak dengan tanah merentangi Sungai Kubu iaitu anak Sungai Selangor. .
Daerah Kuala Kubu sering dilanda hujan. Ini menyebabkan kerap berlaku banjir di Sungai Selangor. Sungai itu pula menjadi cetek oleh takungan tanah dan pasir yang mengalir akibat hujan dan kegiatan melombong di bahagian hulu sungai. Lama-kelamaan Sungai Selangor menjadi sebak dan apabila hujan lebat turun menyebabkan sungai banjir dan empangannya tidak dapat lagi membendung arus air yang deras serta menyebabkan empangan itu roboh.
Kejadian itu telah mengorbankan nyawa dan harta benda.  Seramai 33 orang termasuk Cecil Ranking, Pegawai Daerah dan Majistret pertama Inggeris di daerah itu telah terkorban; 38 buah rumah hanyut dan satu-satunya mata pencarian penduduk kawasan itu iaitu mendulang bijih timah juga turut terjejas. Tragedi pecahnya Empangan Kuala Kubu itu juga dikenali sebagai 'Sejarah Kuala Kubu'.
Kuala Kubu dibuka pada kurun kelapan belas oleh orang-orang Melayu dan mereka merupakan perintis kepada kegiatan melombong bijih di daerah itu, sehingga dapat membina empangan besar untuk kerja-kerja mendulang bijih. Daerah itu juga pernah menjadi kubu pertahanan Raja Mahadi dan Syed Mashor menentang angkatan perang Tengku Kudin dalam Perang Saudara di Selangor pada tahun 1867-1874.
Usaha-usaha untuk membangunkan semula Kuala Kubu telah dibuat dan pada tahun 1931, maka lahirlah pekan Kuala Kubu Bharu yang kekal hingga ke hari ini sebagai pusat pentadbiran daerah Hulu Selangor, menggantikan Kuala Kubu Lama yang kini tinggal dalam kenangan.
07/10/1951 - PeMBUNUHAN hENRY gURNEY


    
(from left: Henry Gurney 11/11/1951; a sign board indicates the spot where the incident happened; pasukan polis tambahan dalam operasi mencari pembunuh Sir Henry Gurney)
Pada tarikh yang tertulis di atas, Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney telah mati terbunuh dalam satu serangan hendap pengganas-pengganas komunis di Batu 56 1/2, Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser. Henry Gurney berusia 53 tahun, bekas Ketua Setiausaha Pentadbiran Inggeris di Palestine telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948 bagi menggantikan Sir Edward Gent.

Henry Gurney bersama isterinya dan Setiausaha Peribadi D.J. Staples bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Bukit Fraser kerana urusan rasmi dan untuk berehat. Apabila kereta Rolls Royce yang membawa rombongan Gurney itu dengan kibaran bendera "Union Jack" dipandu oleh Konstable Mohd Din sedang mengambil selekoh S di batu 56 1/2, kira-kira 8 batu dari Bukit Fraser, tiba-tiba Rolls Royce menjadi sasaran peluru tembakan pengganas-pengganas komunis.

Pembunuhan yang dilakukan tidak menjejaskan langsung tugas-tugas Gurney yang belum diselesaikannya. Kematiannya tidak bererti berakhir usaha-usaha menghancurkan komunis di Tanah Melayu malah kejadian ini telah memberi perangsang dan semangat kepada rakyat 
Tanah Melayu untuk melawan kekejaman, keganasan dan kezaliman komunis. Akhirnya, pasukan keselamatan telah berjaya menuntut bela kematian Gurney dengan membunuh dan melawan anggota dan ketua gerombolan konmunis yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan tersebut.
Jasad Henry Gurney disemadikan di Perkuburan Kristian Jalan Cheras pada 8 Oktober 1951 dengan penuh kehormatan negara.

(Kubur Henry Gurney; upacara pengebumian Henry Gurney)
Souce: Arkib Negara
















KLANG , SELANGOR

Klang
 (dulu Kelang) merupakan bandar DiRaja dan daerah di Negeri Selangor Darul Ehsan. Bandar ini pernah menjadi ibu negeri Selangor sebelum wujudnya Kuala Lumpur dan Shah Alam
. Ia terletak kira-kira 32 km di barat Kuala Lumpur.


Bandar Klang mendapat namanya dari istilah bahasa Langkasuka iaitu "klang" yang bererti 'tempat yang terletak di tengah-tengah’. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, Sultan Kedah yang bernama Sultan Mahmud Syah telah berangkat dari Siputih (kini Kota Seputeh) menuju ke Melaka untuk menghadap pemerintahnya, Sultan Mahmud Syah. Di tengah perjalanan, baginda telah menemui sebuah pelabuhan yang terletak di antara negeri Kedah dan Melaka. Pelabuhan tersebut dipanggil sebagai Klang. Nama tersebut kekal digunakan hingga ke hari ini.



Sejarah Klang


Sejarah Klang telah muncul lebih awal daripada Melaka. Negara ini adalah sebahagian dari jajahan takhluk kerajaan Sri Vijaya dan Majapahit. Asal usul nama Klang adalah dari bahasa Mon-Khymer iaitu "Klong". Klong boleh diertikan sebagai gudang seperti mana yang dikemukakan oleh C.O. Blagden yang menyatakan Klang menjadi sebuah Pelabuhan terpenting yang mempunyai banyak gudang-gudang. 
Manakala pendapat Charles A. Fishr yang menyatakan "Klang" itu bermaksud "terusan" atau jalan air. Pendapat ini dipersetujui di mana Klang mempunyai banyak jalan air iaitu anak-anak sungai tersebut ialah Sg. Klang, Sg. Bertek, Sg. Pinang, Sg. Sementa, Sg. Agas, Sg. Kandis, Sg. Binjai, Sg. Kapar, Sg. Jati, Sg. Aur, Sg. Rasau dan Sg. Putus. 
Nama sungai ini terus kekal sehingga ke hari ini. Klang menjadi penting hanya selepas Kuala Selangor merosot khususnya selepas kemangkatan Sultan Muhammad (1826-1857). Sehinggalah pada tahun 1875, Klang di pilih sebagai ibu kota Selangor sebelum ditukar kepada Kuala Lumpur pada 1880. Pada tahun 1886, Klang dikatakan sebuah tempat yang cantik dan bersih.

Klang Bandar Bersejarah

Klang merupakan di antara bandar yang tertua di Malaysia. Mengikut sejarah, Klang mula diduduki sejak 2,000 tahun yang dahulu lagi. Catatan yang mula-mula ditulis mengenai Klang bermula pada Zaman Kerajaan Majapahit kira-kira 600 tahun dahulu. Di sinilah bermulanya detik-detik kebangkitan Klang yang ketika dahulu tidak terikat dengan mana-mana kawasan. Malah pada ketika itu Klang adalah sebuah kuasa besar di bawah pentadbiran Sultan Suleiman. 
Bagaimanapun, akibat ketidaksefahaman maka berlakulah perang saudara antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah iaitu waris Sultan Suleiman. Ketika itu, Klang di dalam keadaan huru-hara dengan dibayangi peperangan untuk merebut kekuasaan. Kota Raja Mahadi yang terletak berhampiran Bangunan Majlis Perbandaran Klang adalah antara peninggalan perang saudara yang tercetus disuatu ketika dahulu.
Tapak Bangunan MPK yang ada sekarang dahulunya adalah bekas tapak Kota Raja Mahadi yang pernah menjaid benteng pertahanan yang penting bagi mengekang kemaraan musuh semasa tercetusnya peperangan tersebut.


Bagaimanapun akibat perubahan masa dan struktur bangunan yang tidak kukuh, kota yang dibina pada tahun 1860 telah roboh sebahagiannya. Apa yang tinggal cuma pintu gerbang yang menjadi mercu tanda kekuatan empayar Raja Mahadi. Bagaimanapun banyak bahan sejarah yang terkubur akibat perubahan arus dan masa. 
Salah satunya ialah ada sumber mengatakan Kota Raja Mahadi terletak di atas puncak bukit ini dilengkapi dengan terowong yang boleh menembusi ke Sungai Klang. Namun lorong tersebut kini telah tertimbus.

http://www.mpklang.gov.my/



Comments

Popular posts from this blog

Detective Conan Movie - The Last Wizard Of The Century [MaLay DUB] - Part 1

JOM BERCERITA ... HIKAYAT 1001 MALAM....

Ada Sesapa Yg tahu Hikayat nie.,.. leh lah syare ya......  Tentunya korang sudah sering mendengar kisah 1001 malam ini. Banyak sekali cerita-cerita yang lahir dari kisah 1001 malam, antara lain yang terkenal yaitu “Sinbad si Pelaut”, “Ali Baba” serta “Aladin dan Lampu Ajaibnya”. Namun hanya sedikit yang tahu dari mana kisah-kisah tersebut berasal.. Konon di suatu daerah di negeri Arab, berdiri 2 kerajaan yaitu Kerajaan kembar Sasan dan Samarkand al-Ajam, dimana Raja dari kedua kerajaan tersebut bersaudara. Kerajaan Sasan diperintah oleh Raja Shahryar, sedangkan Kerajaan Samarkand al-Ajam diperintah oleh Raja Shahzaman. Kedua Raja tersebut sangat dicintai oleh rakyatnya karena mereka adalah Raja yang bijaksana dan murah hati, serta keduanya memiliki istri yang sangat cantik. Suatu hari Raja Shahryar pergi menemui saudaranya di Kerajaan Samarkand al-Ajam. Saat di tengah perjalanan ia teringat bahwa hadiah yang akan ia berikan untuk saudaranya tertinggal di atas tempat tidur di dalam

Detective Conan Movie - The Last Wizard Of The Century [MaLay DUB] - Part 3