Skip to main content

5 Punca Kenapa Makan Banyak Kali



Pastinya korang pernah mengalami situasi dimana baru sahaja lepas makan tetapi perut cepat rasa lapar kembali. Ini akan membuatkan korang nak makan banyak kali. Ianya tidak baik untuk penjagaan kesihatan dan juga boleh menyebabkan penambahan berat badan dan kegemukkan. Tapi makan banyak kali yang menyebabkan badan cepat gemuk ye! ... ( sama seperti wa lahh . selalu jer lapar selepas makan ...emmmmmm ... ???? )

1) Minum terlalu banyak minuman manis
Hasil daripada kajian oleh University of California di San fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh menipu otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon Leptin daripada memberitahu otak bahawa korangsebenarnya dahpun mendapat makanan secukupnya. ( emmmm minum nescafe jerr.. boleh dikira kerrr ??? emmmmmm )
(2) Makan makanan bertin
Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon Leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.  ( alamakkkkkk i like sardin.. aisehhhh .. adakah ini punca nyerrr.. aduyaiiiiii ) ....
(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi
Hasil kajian terhadap 6746 orang yang dijalankan  selama 4 tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil sarapan yang mengandungi 300 kalori pada waktu pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak 2 kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari. ( alamakkk yer kerrr .. okkk esok start makan bfast yang mencukupi.. ehhh bukan esokk .. sekarangggg.. !!!!! ... )
(4) Kurang minum air masak
Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan. Sebaiknya, sebelum makan, minumlah  air masak terlebih dahulu. ( aisehhhhh selalu jerrr minum air masakkk .. tapi laparrr ngakk.. x kan nak minum bergelen gelen.. kembungg lahhhhhhh nantiii.. aisehhhh .... )
5) Kebosanan
Hasil daripada kajian penyelidik dari Flinders University, Australia  mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak. Jadi isi lah masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan biarkan diri korang kebosanan seterusnya cenderung untuk makan dengan banyak.  ( Alamakkkkk... nie waaaa nieee... BOSAN ITU SAYA ... uwahhhhhh ... )



P/s: Elakkan diri korang daripada melakukan perkara yang boleh merosakkan diet dan cubalah beriadah selalu.  ( emmmmmm.. boleh ker .. selalu ngak buat benda beriadah nie.. tapi lapar ngakkk. lai menambahkan tahap kelaparan ada lahhh.. ehhh silap saper nie.. wa ker perut wa... aduyaiii.. hu hu hu huhu )
 


Ok nie jer tuk masa dan waktu nie.. layan jer lahh yieerrr... nak mengelakan makan banyak nie.. so wa wat lahh benda berfaedah nie.. jgn maree.. chiowwwwwwwwwwwwwwww..... 

Comments

Popular posts from this blog

Detective Conan Movie - The Last Wizard Of The Century [MaLay DUB] - Part 1

JOM BERCERITA ... HIKAYAT 1001 MALAM....

Ada Sesapa Yg tahu Hikayat nie.,.. leh lah syare ya......  Tentunya korang sudah sering mendengar kisah 1001 malam ini. Banyak sekali cerita-cerita yang lahir dari kisah 1001 malam, antara lain yang terkenal yaitu “Sinbad si Pelaut”, “Ali Baba” serta “Aladin dan Lampu Ajaibnya”. Namun hanya sedikit yang tahu dari mana kisah-kisah tersebut berasal.. Konon di suatu daerah di negeri Arab, berdiri 2 kerajaan yaitu Kerajaan kembar Sasan dan Samarkand al-Ajam, dimana Raja dari kedua kerajaan tersebut bersaudara. Kerajaan Sasan diperintah oleh Raja Shahryar, sedangkan Kerajaan Samarkand al-Ajam diperintah oleh Raja Shahzaman. Kedua Raja tersebut sangat dicintai oleh rakyatnya karena mereka adalah Raja yang bijaksana dan murah hati, serta keduanya memiliki istri yang sangat cantik. Suatu hari Raja Shahryar pergi menemui saudaranya di Kerajaan Samarkand al-Ajam. Saat di tengah perjalanan ia teringat bahwa hadiah yang akan ia berikan untuk saudaranya tertinggal di atas tempat tidur di dalam

Detective Conan Movie - The Last Wizard Of The Century [MaLay DUB] - Part 3