Skip to main content

GegAran....

Gempa Sederhana Landa Sumatera Utara, Indonesia
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter berlaku di Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 8.08 pagi Selasa.

Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa ialah 330km ke barat daya Klang, Selangor.

Gegaran turut dirasai di beberapa tempat di pantai barat Semenanjung terutama di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Shah Alam ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihaknya menerima satu aduan gegaran berlaku di bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor pada pukul 8.29 pagi.

Keadaan adalah terkawal.

Di KLANG, seorang penduduk di Kampung Meru Suziela Che Mat yang menghubungi Bernama memaklumkan rumahnya mengalami gegaran.

"Katil di dalam bilik rasa bergegar, waktu itu saya sedang membaca buku di atas katil. Saya juga nampak air masak dalam botol (terletak di meja bersebelahan) bergoncang," kata suri rumah itu.

Dia, bagaimanapun, tidak keluar dari rumahnya kerana gegaran itu sebentar sahaja.

Namun, Suziela, 25, berkata dia berasa pening kepala selepas gegaran itu.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Detective Conan Movie - The Last Wizard Of The Century [MaLay DUB] - Part 1

2016 Dah Setahun Cik Mel x berBlog.. muhhaa

Assalamualaikum semua... !!! Lamanya cik mel x masuk sini.... nampak tak disitu .. betapa bz nyer cik mel nie.. muhahaa --------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                  ---------------------------------------------------------------------  ---------------------------------------------------------------------------- hanya ini ajer permintaan cik mel untuk tahun 2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                       ...

TAHUN BARU 2015

TAHUN BARU 2015 #Jangan nak tahun baru sangat lah yerrrr # azam tahun sudah pun x guna lagi..... Assalamualaikum semuaa.... Dah lama x masuk kat sini.. cik mel bz hihi.. tapi dah tahun baru nie nak ngak menjengukkkk2 kat ruang nie.. hihuuu.. emmmm citer pasal azam baru kan... ada ker azam ha hahahaaa entahhh... emmmmm ??? nantilah cik mel sambung pasal azam yerrr... ada kerja sikit ok.bai..!! #bosan #pkmasahadapan #entahlah... zhassssssssssssssssssssssssssss adioussssss !