Skip to main content

Tanah Runtuh Di Bukit Bandaraya Shah Alam 14.02.2012


PERIKSA...anggota polis meninjau kawasan tanah runtuh di Bukit Bandaraya, Seksyen U11, Shah Alam.
PERIKSA...anggota polis meninjau kawasan tanah runtuh di Bukit Bandaraya, Seksyen U11, Shah Alam.
SHAH ALAM: Empat keluarga di Bukit Bandaraya, Seksyen U11, di sini, diarahkan berpindah serta-merta selepas diberikan notis 24 jam oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berikutan kejadian tanah runtuh, malam kelmarin.
Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad, berkata MBSA sudah meminta pemaju perumahan kawasan itu melantik perunding teknikal membuat analisis dan kajian berhubung kejadian jam 7 malam itu.

Beliau berkata, hasil analisis itu membantu bagi menentukan tindakan penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah gelinciran tanah di kawasan berkenaan.

“Sebagai langkah pencegahan jangka pendek, pemaju sudah menutup kawasan gelinciran tanah berkenaan dengan kanvas bagi mengurangkan risiko gelinciran tanah atau tanah runtuh yang lebih teruk. “Pada masa sama, PDRM meletakkan pondok polis sementara bagi langkah keselamatan dan berjaga-jaga,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Tinjauan Harian Metro mendapati tanah runtuh berkenaan hampir menimpa sebuah rumah.

Bagaimanapun, cubaan untuk mendapatkan komen penduduk yang diarah pindah gagal berikutan penghuni sudah mengosongkan rumah.

Kerja pembersihan turut dilakukan pemaju dan MBSA, selain keliling kawasan berisiko diletakkan tali kuning kecemasan dilarang masuk. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata keputusan mengeluarkan notis 24 jam berpindah kepada keluarga terbabit dibuat dengan kerjasama MBSA.

“Selepas jurutera daripada MBSA meninjau kawasan kejadian, didapati empat rumah di sebelah lereng bukit berada dalam situasi bahaya kerana tanah di kawasan itu masih lembap,” katanya.

Beliau berkata, jurutera terbabit menasihatkan supaya orang ramai tidak menghampiri kawasan kejadian bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Orang ramai juga diminta berhati-hati dengan kehadiran pencuri yang memecah masuk rumah mangsa ketika rumah tidak berpenghuni.

“Kami akan mengawasi kawasan kejadian,” katanya.

Oleh Nur Lela Zulkipli

am@hmetro.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Detective Conan Movie - The Last Wizard Of The Century [MaLay DUB] - Part 1

JOM BERCERITA ... HIKAYAT 1001 MALAM....

Ada Sesapa Yg tahu Hikayat nie.,.. leh lah syare ya......  Tentunya korang sudah sering mendengar kisah 1001 malam ini. Banyak sekali cerita-cerita yang lahir dari kisah 1001 malam, antara lain yang terkenal yaitu “Sinbad si Pelaut”, “Ali Baba” serta “Aladin dan Lampu Ajaibnya”. Namun hanya sedikit yang tahu dari mana kisah-kisah tersebut berasal.. Konon di suatu daerah di negeri Arab, berdiri 2 kerajaan yaitu Kerajaan kembar Sasan dan Samarkand al-Ajam, dimana Raja dari kedua kerajaan tersebut bersaudara. Kerajaan Sasan diperintah oleh Raja Shahryar, sedangkan Kerajaan Samarkand al-Ajam diperintah oleh Raja Shahzaman. Kedua Raja tersebut sangat dicintai oleh rakyatnya karena mereka adalah Raja yang bijaksana dan murah hati, serta keduanya memiliki istri yang sangat cantik. Suatu hari Raja Shahryar pergi menemui saudaranya di Kerajaan Samarkand al-Ajam. Saat di tengah perjalanan ia teringat bahwa hadiah yang akan ia berikan untuk saudaranya tertinggal di atas tempat tidur di dalam

Detective Conan Movie - The Last Wizard Of The Century [MaLay DUB] - Part 3