Skip to main content

Posts

Selamat Tinggal 2010

HaRI nie  hilang segala semak di kepala... tapi x berapa gembira sebabbbbbb tak 100% i can do for this morning paper... so dammmm... :(  emmm malas arr  nak pikir pasal paper hari nie.. dah lepass nak wat macam mana.. so sekarang wa nak citer pasal 2010.... banyak sangat yang wa buat x betul pada tahun nie... so wa harap tahun depan ( esok jer sebenar nya ) wa akan dapat buat yang terbaik... hopefully for next year  i can do better from this year...Amin....  Azam wa tahun baru nie... wa nak banyak kan bersabar dan nak hilang kan stress kat kepala hotak wa nie.. wa dah tak larat menanggung sakit kat kepala hotak nie... dan yang paling penting nak jadik RAJIN .... wahhhh boleh kerrr.... hi hi hi.. tunggu je lahhh kan.. boleh ke tak wa buat azam nie.. kalau x boleh postpone to another year lah kannn... hi hi hi... bukan senang nak jadi RAJIN MEMBACA DAN MENGULLANGKAJI NIE.... satu benda yang amatlahh berat.....  Selain tu ... wa nak habis kan semua kerja ya...

MACAM X PERCAYA JERR.....Hormon Tiroid.....emmmmm

Pulih hormon untuk kurus NORIAH dan Razana merupakan dua sahabat karib bersaiz XXL. Kedua-duanya mempunyai berat badan mencecah 100 kilogram. Meski pun begitu mereka sangat ceria dan disukai ramai. Kedua-dua sahabat mempunyai hobi dan kegemaran yang sama. Oleh itu mereka serasi. Sebagaimana pengidap obesiti yang lain wajah mereka bulat dan montel kelihatan serupa seperti adik beradik.  Pengidap obesiti tampak serupa kerana mereka mengalami masalah pengecilan tulang pada rahang dan soket mata. Oleh itu mata tampak kecil dan muka tampak berisi. Apabila mereka kurus bentuk tulang muka kembali normal dan mereka akan kelihatan jauh lebih jelita.  Noriah dan Razana sepakat untuk menguruskan badan. Mereka menjalani program berdiet dan bersenam. Hasilnya mereka berjaya menurunkan berat badan sebanyak enam kilogram dalam tempoh tiga bulan. Selepas itu berat badan mereka tidak berganjak meskipun mereka mengamalkan diet yang ketat dan bersenam di waktu petang. Oleh kerana...

UNtuk Renungan...

Amalan tinggi di sisi Allah Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI Kesusahan dan kesulitan merupakan ujian hidup di dunia ini. - Gambar hiasan AL-MARAGHI berkata: Setelah Allah SWT menerangkan bahawa manusia tidak patut terpedaya oleh kekuatan tubuhnya dan kemewahan sehingga bergelumang dalam kesombongan dan kebongkakan, lalu Allah SWT mencela mereka kerana tertipu oleh kekuatan dan kemewahan yang mudah lenyap. Kemudian Allah SWT mengingatkan mereka akan adanya kenikmatan-kenikmatan yang mereka terima baik yang bersifat pancaindera mahupun yang batin.  Diriwayatkan oleh seorang sahabat, bahawa ayat kelima turun berkaitan dengan kisah Abu al-Ashad 'Usayd Ibn Kaladah al-Jumahiy yang terpedaya oleh kekuatan tubuhnya.  Ayat keenam turun berhubung dengan kisah al-Harth Ibn Nawfal yang pernah berkata: "Aku telah habiskan harta sebagai pembayaran denda sejak aku ikut Muhammad SAW." Sama ada ayat-ayat tersebut berkaitan dengan kisah mereka atau yang lain, tetapi...

Renung - renung kan lahhh.......

Doa Nabi Nuh untuk anaknya ALLAH SWT mengutuskan Nabi Nuh untuk menyeru kaumnya supaya beriman kepada-Nya. Akan tetapi mereka enggan menurut seruan Nabi Nuh termasuklah keluarganya sendiri. Hanya sebilangan sahaja yang menerima seruan Nabi Nuh dan beriman kepada Allah SWT. Pada suatu hari Nabi Nuh berkata kepada anaknya Kan'an: "Wahai anakku, berimanlah kamu kepada Allah SWT. Sesungguhnya Dia sahaja yang berhak disembah." "Aku tidak akan menyembah Tuhanmu," jawab anaknya. Nabi Nuh tidak berputus asa dan terus menjalankan dakwahnya namun tetap tidak diterima oleh kaum dan keluarganya. Sehinggalah suatu ketika, Nabi Nuh berdoa kepada Allah SWT supaya tidak meninggalkan seorang pun daripada azab Allah. Sekiranya mereka terus hidup, pasti mereka akan terus melakukan kemungkaran dan menyesatkan hamba-hamba Allah SWT yang lain. Maka Allah SWT memakbulkan doa Nabi Nuh dan memerintahkan Nabi Nuh agar membuat sebuah kapal. Dengan segera Nabi Nuh membuat kapal dengan m...

Macam - macam hal...

hari nie wa rasa macam rajin sikit nak update blog... hari nie wa nak citer sikit pasal " pompuan " yang x  tahu malu n sopan santun suka ber " sms"  ngan " laki org".... wa kekadang pelik tengok " kejadian- kejadian " yang macam nie... tapi wa malas nak pikir.. kekadang wa layan jer lah benda2 nie semua.. tapi kekadang kena hingat wahai " pompuan " di luar sana ..  " kesabaran " seorang  "isteri" jgn diuji... .... Tapi  kekadang kalau di pikir balik .. benda nie kalau tak " bertepuk sebelah tangan x berbunyi kan " ... ( ni pepatah org tua2 lah  ) betul  ke x betul ker cuba ler try  tepuk sebelah tangan berbunyi tak ? ... hi hi hi  yang " laki org " ni plak.. kekadang wa confiuse.. " dia" kata x layan.. tapi kalau ikut kan .. rasa nyer dah banyak kali " pompuan " nie dok msg... sampai nak tanya " hp" berapa harga pun " msg ".... nak tanya "supplier pas...

Kerajaan nafi dakwaan Planet Nibiru akan langgar bumi pada 2012

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada 2012.  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili, berkata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut. "Pihak NASA telah mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung. "Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen, di sini.  Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan S...

MUMIA TEMUKAN DR.MAURICE DENGAN ISLAM

PADA pertengahan tahun 1975, Perancis yang ketika itu di bawah pemerintahan Presiden Francisco Mitterand menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille. Bucaille seo...