HaRI nie hilang segala semak di kepala... tapi x berapa gembira sebabbbbbb tak 100% i can do for this morning paper... so dammmm... :(
emmm malas arr nak pikir pasal paper hari nie.. dah lepass nak wat macam mana.. so sekarang wa nak citer pasal 2010.... banyak sangat yang wa buat x betul pada tahun nie... so wa harap tahun depan ( esok jer sebenar nya ) wa akan dapat buat yang terbaik... hopefully for next year i can do better from this year...Amin....
Azam wa tahun baru nie... wa nak banyak kan bersabar dan nak hilang kan stress kat kepala hotak wa nie.. wa dah tak larat menanggung sakit kat kepala hotak nie... dan yang paling penting nak jadik RAJIN .... wahhhh boleh kerrr.... hi hi hi.. tunggu je lahhh kan.. boleh ke tak wa buat azam nie.. kalau x boleh postpone to another year lah kannn... hi hi hi... bukan senang nak jadi RAJIN MEMBACA DAN MENGULLANGKAJI NIE.... satu benda yang amatlahh berat.....
Selain tu ... wa nak habis kan semua kerja yang pending tuk tahun 2010.... yang nie HARUS.....kalau tak mampus lahh wa kannnn... naya jer kalau x siappp.... tapi boleh ke siappp .. huhhhhhhhhh.... nasib lahh badannn kann nak buat macam mana....
Dan yang paling penting ..nie ler berita gembira tuk rakyat Malaysia... Malaysia Juara Piala suzuki buat pertama kali nyer... bravooo untuk pemain Malaysia...u all's d best.....
Dan yang paling penting ..nie ler berita gembira tuk rakyat Malaysia... Malaysia Juara Piala suzuki buat pertama kali nyer... bravooo untuk pemain Malaysia...u all's d best.....
Garuda akhirnya akur kekalahan kepada Malaysia
JAKARTA - Selepas ghairah menyiarkan laporan berbaur provokasi, media Indonesia mula menerima hakikat kekalahan pasukan mereka kepada Malaysia dalam perlawanan akhir Piala Suzuki AFF di sini kelmarin, apabila menyiarkan laporan seimbang.
Akhbar Kompas dalam laporan muka depannya menasihati skuad Indonesia agar mengambil pengajaran daripada kejayaan pasukan Malaysia.
Menerusi tajuk berita 'Jangan Malu Untuk Belajar', akhbar berpengaruh itu memberitahu, Indonesia tidak perlu malu belajar daripada kejayaan Malaysia melakar sejarah yang cukup bermakna itu.
Kata akhbar berkenaan juga, kejayaan Malaysia meraih juara Piala Suzuki AFF 2010 disebabkan persiapan awal yang dilakukan pasukan berkenaan.
Kompas juga melaporkan, rasa kecewa terhadap kegagalan tersebut jelas terpancar pada wajah pemain, pengurus dan pengurusan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).
"Raut wajah mengungkap sejuta rasa, meskipun para pemain membisu saat berjalan menuju ke bilik persalinan. Para pemain berjalan lesu dengan wajah murung," lapor Kompas.
Bagi akhbar The Jakarta Post pula, kejayaan Malaysia merangkul anugerah tersebut sekali gus mencatat sejarah yang cukup manis bagi negara itu.
"Biarpun Indonesia menang dengan jaringan gol 2-1 kepada Malaysia di gelanggang sendiri, ia masih belum cukup untuk membolehkan Indonesia memenangi kejohanan ini. Sebaliknya, kemenangan Indonesia hanya membuka ruang buat Malaysia melakar sejarah," kata akhbar itu dalam laporan muka depannya hari ini.
Kejayaan skuad Harimau Malaya di bawah bimbingan jurulatih K. Rajagobal itu pula dirumuskan akhbar Media Indonesia sebagai 'mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pasukan yang berjaya di rantau Asia Tenggara'.
"Bagi Malaysia, trofi itu mengukuhkan diri mereka sebagai yang berjaya di Asia Tenggara dalam setahun terakhir setelah pada tahun 2009 mereka meraih pingat emas di sukan SEA," lapor akhbar tersebut.
Akhbar berkenaan juga memberikan pujian terhadap penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi yang disifatkan sebagai bijak menangkis serangan Indonesia.
"Tercatat tujuh kali percubaan tepat ke arah gawang Malaysia, namun kukuhnya gawang yang dijaga oleh Khairul Fahmi menjadikan serangan-serangan pemain Indonesia ibarat cuba menerobos tembok yang kebal," katanya lagi.
Kecemerlangan Khairul turut mendapat perhatian akhbar Jakarta Globe khususnya ketika pemain itu berjaya menepis percubaan pemain Indonesia, Firman Utiman pada tendangan penalti. - Utusan
Ok lah tu jer lah untuk hari nie .. dan hari terakhir 2010...
HAPPY NEW YEAR...... WELCOME 2011.... Zhasssssssssssssssssssssss
Comments
Post a Comment