Hari yang
sungguh bosan..
Entah…
tak tahu apa yang wa pikir… stress… berserabut rasa kepala hotak…
Tgh
hari nie makan terbanyak … emmmm mayb kalau dah bosan macam nie lah jadik
nyer.. makan x henti henti ….
Apa
nak buat… kepala hotak beserabut bagai dah nie.. huh u huh u huh u…
Hari
nie hari yang sangat mengecewakan hati wa… entah lah tetiba sedih.,..
Teramat
amat sedih….
Malas
nak layan perasaan jiwang nie…
Untuk
menghilangkan rasa bosan dan sedih nie.. jom kita membaca.. kih kih kih kih kih.,….
Untuk
Renungan Bersama … (^-^)v
Allah
tenggelamkan kaum Nabi Nuh
Oleh DR. ZULKIFLI
MOHAMAD ALBAKRI
Banjir di queensland, Australia adalah kecil
berbanding bah yang diturunkan oleh Allah ke atas umat Nabi Nuh yang menderhaka
kepada Allah dan rasul-Nya. - Gambar hiasan
FIRMAN Allah SWT: Disebabkan
kesalahan-kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan lalu dimasukkan ke neraka,
maka mereka tidak mendapat penolong-penolong bagi mereka selain dari Allah.
Nuh berkata: Ya Tuhanku, janganlah
Engkau biarkan seorangpun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi.
Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal, nescaya mereka akan
menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak akan melahirkan selain anak yang
berbuat maksiat lagi sangat kafir.
Ya Tuhanku! ampunilah aku, ibu bapaku, orang
yang masuk ke rumahKu dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan
perempuan. dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu
selain kebinasaan.
(Nuh: 25-28)
Mukadimah
Sesudah Allah SWT menerima laporan dan
pengaduan Nabi Nuh a.s, Allah menimpakan mereka dengan peristiwa banjir besar
dan azab sebagai balasan. Ketika itu mereka tidak menemui sesiapa pun yang
mampu mencegah kedua-duanya itu daripada mereka.
Kemudian, Allah SWT memberitahu doa
Nabi Nuh a.s terhadap kaumnya dan memberi alasan terhadap doa ini bahawa mereka
telah menyesatkan manusia dan jika mereka berketurunan tentu mereka akan
melahirkan orang yang kafir dan derhaka.
Lalu Nabi Nuh a.s berdoa untuk dirinya,
untuk ibu bapanya dan juga untuk orang mukmin lelaki dan perempuan yang menaiki
kapalnya supaya diberi keampunan. Baginda kemudiannya mendoakan kaumnya agar
ditimpa celaka dan kebinasaan.
Firman Allah SWT: Disebabkan
kesalahan-kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan lalu dimasukkan ke neraka,
maka mereka tidak mendapat penolong-penolong bagi mereka selain daripada Allah.
Ibn Kathir berkata: Disebabkan
banyaknya dosa yang mereka lakukan, penolakan, serta sikap kekufuran yang
berterusan dan juga penentangan mereka terhadap rasul mereka, maka mereka
dipindahkan daripada aliran laut ke api neraka yang sangat panas. Dan tiada
siapa pun yang dapat menolong mereka daripada azab Allah SWT.
Syed Qutub berkata: Dengan sebab
kesalahan, dosa dan maksiat mereka ditenggelamkan dalam banjir dan kemudian
dimasukkan ke dalam neraka.
Kata-kata kemudian di sini ada
tujuannya kerana masuknya mereka ke dalam neraka adalah bersambung dengan
tenggelamnya mereka di dunia hanya dipisahkan oleh satu masa yang pendek dan
tidak wujud dalam perhitungan Allah SWT.
Ia juga memberi maksud azab kubur dalam
tempoh pendek antara dunia dan akhirat.
Firman Allah SWT: Nuh berkata:
Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorangpun di antara orang-orang kafir itu
tinggal di atas bumi.
Ad-Dahak berkata: Ia suatu tempat
tinggal.
As-Suddi berkata: Beberapa tempat
tinggal.
Al-Mawardi berkata: Ulama berselisih
pendapat berkenaan dengan sebab kenapa Nabi Nuh berdoa terhadap kaumnya sendiri
kepada dua pendapat:
1- Tatkala turunnya ayat kepadanya
firman Allah yang bermaksud: Tidak beriman dari kaummu kecuali mereka yang
telah ditakdirkan beriman menyebabkan beliau berdoa ke atas mereka. Inilah
pendapat Qatadah.
2 - Seorang lelaki daripada kaumnya
mendukung anak kecilnya dan lalu berhampiran Nabi Nuh, kemudian mewasiatkan
kepada anaknya seraya berkata: Jaga-jaga kamu dari lelaki ini kerana ia
menyesatkan kamu.
Sebaliknya budak tersebut berkata: Wahai ayahku, turunkanku
di sini.
Selepas itu ia membaling batu kepada
Nabi Nuh sehingga luka mukanya. Ini menyebabkan Nabi Nuh cukup marah dan berdoa
terhadap mereka.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya
jika Engkau biarkan mereka tinggal, nescaya mereka akan menyesatkan
hamba-hamba-Mu dan mereka tidak akan melahirkan selain anak yang berbuat
maksiat lagi sangat kafir.
Ibnu Kathir berkata: Sesungguhnya jika
Engkau membiarkan seseorang daripada mereka hidup, nescaya dia akan menyesatkan
hamba-hamba-Mu pada generasi yang akan datang.
Menurut sebuah hadis yang telah
diriwayatkan, seorang lelaki dari mereka berjalan bersama anaknya menuju Nabi
Nuh a.s. Lalu dia mengatakan kepada anaknya: "Hati-hatilah dengan orang
ini, kerana dia seorang pendusta. Dan ayahku pun pernah memberikan wasiat
seperti ini kepadaku."
Kemudian yang tua mati dan digantikan
oleh yang muda yang juga hidup dalam keadaan seperti itu.
Selepas Nabi Nuh a.s mendoakan terhadap
orang kafir itu, kemudian dia pun berdoa untuk dirinya, ibu bapanya dan untuk
orang yang beriman lelaki dan perempuan agar mereka dikurniakan pengampunan.
Firman Allah SWT: Ya Tuhanku!
ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua
orang yang beriman laki-laki dan perempuan. dan janganlah Engkau tambahkan bagi
orang yang zalim itu selain kebinasaan.
Ad-Dahak berkata: Iaitu Nabi Nuh a.s.
selalu mendoakan setiap orang yang masuk ke dalam rumahnya.
As-Suddi berkata: Iaitu hancur dan
binasa.
Mujahid berkata: Benar-benar rugi dunia
dan akhirat.
Syed Qutub berkata:
Doa Nabi Nuh a.s.
memohon Allah SWT mengampunkan dosanya merupakan adab sopan kenabian yang mulia
di hadapan Allah SWT.
Seorang hamba atau manusia tidak
sempurna dan selalu melakukan kesilapan.
Kesedaran yang tidak memungkinkan masuk
ke syurga kecuali jika mendapat limpah kurnia-Nya seperti yang ditegaskan oleh
Nabi SAW.
Itulah istighfar Nabi Nuh a.s. yang
telah berdakwah kepada kaumnya yang derhaka dan berdosa dan menolak ajarannya
dengan penuh keangkuhan.
Baginda memohon keampunan setelah
beliau berjuang dan menempuh kesulitan sekian lama.
Beliau memohon keampunan untuk ibu
bapanya yang merupakan kebaktian kepada orang tuanya yang mukmin mengikut apa
yang kami faham daripada doa tersebut.
Ini kerana andainya kedua orang tua itu
bukan orang mukmin tentulah Allah SWT menegurnya ketika Allah menegur saat ia
merayu tentang anaknya yang kafir tenggelam bersama keegoannya sewaktu
peristiwa banjir besar seperti yang telah diperjelaskan (dalam surah Hud).
Doanya memohon keampunan kepada mereka
yang masuk ke dalam rumahnya dalam keadaan beriman merupakan kebaktian seorang
mukmin terhadap mukmin yang lain.
Tujuan mengkhususkan pengampunan itu
kepada orang-orang yang masuk ke dalam rumah baginda dengan keadaan beriman
supaya mereka bersama dalam bahtera yang dibina oleh baginda.
Doa baginda yang meliputi sekalian
orang mukmin lelaki dan perempuan merupakan kebaktian seorang mukmin terhadap
seluruhnya meliputi semua zaman dan tempat.
Inilah rahsia yang mengkagumkan
terdapat dalam akidah Islam iaitu ikatan kukuh walaupun mereka dipisahkan oleh
zaman dan tempat. Inilah rahsia yang disampaikan Allah dalam akidah hati seorang
muslim.
Penutup
Seruan Nabi Nuh a.s terhadap kaumnya
agar beriman dan merangkumi:
·
Mereka diminta agar
meninggalkan dosa. Jika mereka melakukan yang demikian, sudah tentu Allah SWT
akan memperbanyakkan harta dan anak-anak mereka.
·
Memerhatikan penciptaan
langit, bumi, sungai dan lautan.
·
Memerhatikan penciptaan
manusia bahawa dia diciptakan di bumi sebagaimana diciptakannya tumbuh-tumbuhan
dan bumi itu ditundukkannya sehingga dia boleh bertindak di bumi ini apa yang
dia sukai.
·
Kekafiran kaum Nabi Nuh a.s
dan hukuman yang dikenakan kepada mereka semasa di dunia dan di akhirat.
Marilah kita mengambil suri teladan
kisah Nabi Nuh dan perjuangannya dalam menyebarkan risalah Allah SWT walaupun
dipukul badai kemarahan dan kemurkaan kaumnya tetapi beliau tetap istiqamah
dalam menjunjung titah perintah Allah SWT.
Semoga semangat Nabi Nuh dapat
dijelmakan dalam jiwa pendakwah Islam untuk menyebarkan agamanya. Amin.
Comments
Post a Comment