Skip to main content

NISFU SYAABAN ..




Bulan Nisfu Syaaban kembali.. tutupnya buku amal.. walaupun telah ditutup.. tetapi tidak terlambat untuk saya memohon ampun dan maaf jikalau ada kekhilafan kata atau perbuatan saya selama ini ya.. :(

Rassulah SAW bersabda : " barang siapa yang mengingatkan kepada sesama tentang kedatangan bulan ini , maka api neraka haram bagi nya " 

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalambahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW  tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yangg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah SAW  telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW  dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda SAW  berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda SAW  selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makhruf dan nafi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.


Comments

  1. Rassulah SAW bersabda : " barang siapa yang mengingatkan kepada sesama tentang kedatangan bulan ini , maka api neraka haram bagi nya " ...


    banyak orang sebarkan hadis ni,tapi yang nyata dari mana dtg hadis ni?diriwayatkn oleh siapa?...wallahualam..just for info..=]

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Detective Conan Movie - The Last Wizard Of The Century [MaLay DUB] - Part 1

2016 Dah Setahun Cik Mel x berBlog.. muhhaa

Assalamualaikum semua... !!! Lamanya cik mel x masuk sini.... nampak tak disitu .. betapa bz nyer cik mel nie.. muhahaa --------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                  ---------------------------------------------------------------------  ---------------------------------------------------------------------------- hanya ini ajer permintaan cik mel untuk tahun 2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                       ...

TAHUN BARU 2015

TAHUN BARU 2015 #Jangan nak tahun baru sangat lah yerrrr # azam tahun sudah pun x guna lagi..... Assalamualaikum semuaa.... Dah lama x masuk kat sini.. cik mel bz hihi.. tapi dah tahun baru nie nak ngak menjengukkkk2 kat ruang nie.. hihuuu.. emmmm citer pasal azam baru kan... ada ker azam ha hahahaaa entahhh... emmmmm ??? nantilah cik mel sambung pasal azam yerrr... ada kerja sikit ok.bai..!! #bosan #pkmasahadapan #entahlah... zhassssssssssssssssssssssssssss adioussssss !