Wahh Bulan Ramadhan kembali lagi... sangat gembira.. saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua teman dan sahabat2 saya dan juga memohon ampun dan maaf jikalau ada kekhilafan tanpa saya sendari serta kesalahan yang tidak disengajakan atau juga disengajakan .... ... KELEBIHAN RAMADHAN Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah...
nEvER tURn baCk...